Wednesday 3 July 2019

'Honeymoon' di Pulau Pangkor dengan Pakej 'Honeymoon' dari Vagary

Dah beberapa bulan 'honeymoon', baru terasa nak kongsi dengan semua hahaha. Alhamdulillah saya dan suami selamat diijabkabulkan pada 14 Disember 2018 setelah 10 tahun menyulam cinta.

          Kami berbulan madu di Pulau Pangkor pada 30 Disember 2018 - 1 Januari 2019, jadi sambil tu dapatlah sambut tahun baru bersama tersayang hehehe. Kenapa kami pilih Pulau Pangkor? Utamanya kami taknak jauh-jauh dengan mak abah suami pada masa tersebut sebab kesihatan kedua-duanya tidak seberapa baik. Sekiranya ada kecemasan berlaku, kami dapat balik dengan cepat. Sebab yang lain kami pilih Pulau Pangkor ialah alhamdulillah kami mempunyai citarasa yang sama dari segi ketenangan hahaha. Kami tak suka pergi bercuti di tempat yang terlalu ramai dan banyak tumpuan pelancong. Jadi sekiranya kami hendak bercuti di tempat yang popular, kami lebih memilih untuk pergi diluar waktu cuti persekolahan.

          Pada masa tu, Vagary Pangkor tular dengan penginapan yang unik dan cantik. Apalagi, kami terus menghubungi mereka untuk menetapkan bulan madu kami. Saya kongsikan gambar Vagary Pangkor sebelum saya ceritakan lebih mendalam mengenai pakej bulan madu mereka.




Pakej bulan madu kami berharga RM900 dan ia termasuk:
  • penginapan 3 hari 2 malam
  • hiasan bilik
  • skuter
  • candlelight dinner yang romantik di tepi pantai untuk 1 malam di Daddy's Cafe
  • sarapan untuk 2 kali di Casuarina Resort Pangkor yang romantik menghadap laut
  • 'snorkeling' dan 'island hopping' di Teluk Nipah

Jadi dibawah ini saya nak kongsikan sedikit gambar semasa kami berbulan madu.

2 kali sarapan disini dengan 'view' yang romantik

Candlelight dinner di tepi pantai yang romantik
Hiasan bilik 'happy honeymoon'
Hehe sikit saja gambar saya nak kongsi, yang lain kita simpan untuk tatapan sendiri. Terima kasih Vagary Pangkor atas layanan yang baik dan mesra terhadap kami. Kami sangat berpuas hati sepanjang penginapan kami.